Isnin, 16 Januari 2017

peribahasa



Peribahasa
Bagai ayam mengeram telur
= seri muka seorang wanita

Bagai bulan di pagar bintang
= kecantikan gadis yang tiada tolok bandingnya

Bagaimana gendang, begitulah tarinya
= bagaimana perbuatan, begitulah peraturan yang seharusnya diikuti

Bagai isi dengan kuku
=persahabatan yang terlalu erat atau rapat

Bagai kacang lupakan kulit
= orang yang tidak mengenang budi

Bagai kambing dijunjung
= orang yang tiba-tiba menjerit kerana ketakutan

Bagai kerbau runcing tanduk
= seseorang yang terkenal atau diketahui umum kerana kejahatannya

Bagai kumbang putus tali
= melarikan diri dengan pantas apabila terlepas daripada kesusahan

Bagai menatang minyak yang penuh
= memelihara anak-anak dengan penuh kaih sayang

Bagai nangka masak gugur
= bunga orang berbadan gemuk jatuh

Bagai orang terkena beragih
= seseorang yang menerima sesuatu dengan muka masam

Bagai panas mengandung hujan
= orang yang ketawa, tetapi di dalam hatinya sangat menderita

Bagai semut menghimpun melukut
= orang yang sangat rajin

Bagai anjing berat sebelah
= sesuatu keputusan yang dirasakan tidak adil

Bak bujang setahun sudah bertetak
= menjadi sombong secara tiba-tiba kerana baru menjadi kaya

Bak menanti orang dahulu, bak melalu orang kemudian
= sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara sia-sia

Bak rasa di liang lahad
= berasa keseorangan / kesunyian

Bagai abu di atas tunggul
= seseorang yang kedudukannya tidak tetap

Bagai anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, mencium juga
= kalau sudah biasa jahat, walaupun berhenti, sekali-sekala diulang juga

Bagai anjing diberi makan nasi, bilakah kenyang
= orang tamak tidak pernah berasa puas

Bagai anjing ditepuk, menjongket ekor
= orang yang hina, apabila dihormati menjadi sombong

Bagai anjing galak, babi berani
= orang akan bergaduh kalau sama-sama garang

Bagai anjing kurap
= orang hina atau miskin

Bagai anjing makan muntahnya
= orang tamak tidak peduli halal atau haram

Bagai anjing menggonggong bangkai
= lelaki jahat melarikan perempuan jahat

Bagai anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh
= orang baik walaupun dicela tetap baik / orang kecil melawn orang berkuasa

Bagai anjing menyalak di ekor gajah
= orang lemah melawan orang berkuasa

Bagai anjing menyalak takkan menggigit
= gertak kosong

Bagai anjing terpanggang ekor
= terseksa

Bagai anjing tidak bercawat ekor
= hina dan tidak berguna

Bagai antah berkumpul bersama antah, beras bersama beras
= bergaul sama status

Bagai antah melukut, lapar sangat baru berguna
= kalau tidak ada orang lain, baru digunakan

Bagai antan patah, lesung pun hilang
= berturut-turut ditimpa malang

Bagai apabila patah tumbuh nyiur itu, tumbuh nyiur juga akhirnya
= yang hilang mesti berganti dengan yang serupa

Bagai aur di atas bukit
= menyerah diri pada nasib semata-mata

Bagai awak hendak ke hilir, dia sudah hanyut
= kecewa disebabkan orang lain dapat dahulu

Bagai awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi
= inginkan yang tidak sepadan dengan kesanggupan sendiri

Bagai awak kurus daging menimbun
= orang kaya pura-pura miskin

Bagai awak rendah, sangkutan tinggi
= besar belanja daripada pendapatan

Bagai awak tikus hendak menampar kepala kucing
= ingin melakukan sesuatu, tetapi tidak mampu

Bagai awak yang celaka, orang yang diumpat
= sendiri yang salah, orang lain yang dituduh

Bagai awak yang dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak
= jangan membuat sesuatu dengan tidak berhati-hati, nanti akhirnya menyesal

Bagai aur dengan tebing
= dua pihak yang bekerjasama

Bagai ayam dibawa ke kapok
= orang yang tidak pernah dibawa ke majlis

Bagai ayam dimakan tungau
= orang yang kurus dan pucat kerana berpenyakit

Bagai ayam terlepas, tangan bau tahi
= perbuatan jahat tentu membawa padah

Bagai ayam berlaga reban
= berkelahi dengan orang serumah

Bagai ayam bertaji
= orang lain yang susah, oang lain yang serba salah

Bagai ayam patah, kalau-kalau dapat menikam
= melarat, tetapi mungkin dapat bangun kembali

Bagai ayam kepautan
= balik ke tempat asal

Bagai ayam mematuk anaknya
= marah anak untuk mengajar

Bagai ayam seekor bertambang dua
= dua pemuda meminati gadis yang sama

Bagai ayam yang patuk, itik tak sudu
= sama-sama tidak sudi

Bagai ayam naik ke surau
= tidak diberikan sebarang jamuan ketika berkunjung ke rumah orang

Bagai ayam yang tangkas di gelanggang
= pandai bercakap dalam majlis

Bagai babi merasa gulai
= meniru gaya orang kaya

Bagai badak berendam
= gemuk dan malas

Bagai bajak wangkang, makan diangkat
= rajin jika dipuji

Bagai balam dengan ketitiran
= masing-masing banggakan diri

Bagai baling-baling di atas bukit
= pendirian yang berubah-ubah

Bagai barang dirham, sedia ada suratan istanbul
= perbuatan mulia yang menerima pujian istimewa

Bagai barang yang disadur
= tidak tahan ujian

Bagai batang manau, seribu kali kerat haram tak putus
= sangat kuat dan teguh

Bagai betik lasam
= semakin lama dipakai, semakin elok

Bagai batik lasam, semakin dibasuh semakin berbau
= semakin lama digunakan semakin baik

Bagai beban belum lepas dari bahu (kepala)
= beban yang masih ditanggung

Bagai balacan dikerat dua
= sama-sama malu

Bagai belalang di atas kacang
= usaha yang mustahil berhasil

Bagai belanda kesiangan
= berlagak seperti orang putih

Bagai belanda minta tanah
= diberi sedikit hendak banyak

Bagai belangkas
= pasangan yang sentiasa berdua-duaan

Bagai beliung dengan asahan
= sangat karib

Bagai belut diketil ekor
= sangat pantas

Bagai belut diregang
= tinggi dan kurus

Bagai benang dilanda ayam
= bercelaru

Bagai berkain tiga hasta
= serba tidak kena

Bagai berkelahi dengan kepuk
= masalah yang sukar diselesaikan

Bagai bersahabat dengan ular bisa
= berkawan dengan orang jahat

Bagai berseru di padang pasir
= bercakap, tetapi orang tidak peduli

Bagai bersuluh di siang hari
= perkara yang jelas, dijelaskan lagi

Bagai bersumur di tepi rawa
= selalu cemburu dan dengki

Bagai bertanak di kuali
= menolong orang sehingga susah sendiri

Bagai bartandang ke rumah janda
= berkunjung ke rumah orang dan tidak dijamu apa-apa

Bagai bertepuk sebelah tangan
= sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku daripada sebelah pihak sahaja

Bagai bertih dalam kuali
= sangat petah

Bagai beruk kena ipuh
= menggeliat-geliat kerana sangat sakit

Bagai berumah di tepi tebing
= sentiasa terancam

Bagai berunding dengan tunggul
= bercakap dengan orang yang mendiamkan diri

Bagai biduk tidak berpedoman
= tiada keyakinan

Bagai buah bemban, masak jatuh ke lumpur
= menghilangkan diri

Bagai bulan jatuh ke riba
= mendapat sesuatu yang tidak diduga

Bagai bulan kesiangan
= pucat

Bagai bulan mengambang penuh di kaki awan
= kecantikan perempuan yang sudah disolek

Bagai bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
= cantik, tetapi tidak berbudi

Bagai bulan penuh purnama
= gadis yang cantik

Bagai buluh ditarik songsang
= sukar menyelesaikan sesuatu pekerjaan jika tidak mengikut peraturannya

Bagai buntal kembung
= sangat sombong

Bagai cembul mendapat penutupnya
= pasangan yang sepadan

Bagai cicak makan kapur
= mendapat malu kerana kesalahan sendiri

Bagai dakwat dengan kertas
= hubungan yang sangat erat

Bagai denai gajah lalu
= kerosakan yang amat besar

Bagai dihiris dengan sembilu
= rasa hati yang sangat pedih

Bagai duri dalam daging
= hal yang selalu menyusahkan orang

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
= tidak sependapat atau mementingkan diri masing-masing

Bagai gagak menggonggong telur
= lelaki yang hitam dan buruk beristerikan perempuan yang cantik atau berkulit putih

Bagai haruan makan anak
= seorang lelaki yang memperkosa anak sendiri

Bagai hempedu lekat di hati
= perhubungan yang terlalu erat hingga tidak dapat dipisahkan lagi

Bagai hujan jatuh ke pasir
= tidak berfaedah sekiranya melakukan kebaikan terhadap orang yang tidak mengenang budi

Bagai itik pulang petang
= sangat lambat berjalan

Bagai kacang direndang
= bunyi suara tidak putus-putus

Bagai kambing dihalau ke air
= seseorang yang mala melakukan perkara yang disuruh

Bagai katak di bawah tempurung
= orang yang cetek pengetahuannya

Bagai keli kena ketuk
= bersungut-sungut tanpa diketahui biji butirnya

Bagai kelip-kelip terbang malam
= rahsia yang sudah diketahui orang

Bagai ketam mengajar anaknya berjalan
= menyuruh orang lain membetulkan kesilapan, tetapi diri sendiri silap

Bagai kerakap tumbuh di batu
= hidup melarat dan miskin

Bagai kera mendapat bunga
= tidak tahu menghargai pemberian

Bagai kucing dibawakan lidi
= seseorang yang takut dan rasa bersalah apabila melakukan kesalahan

Bagai kucing kehilangan anak
= perihal orang yang kehilangan akal dan kebingungan

Bagai kumbang putus tali
= segera lari setelah terlepas daripada kesusahan

Bagai layang-layang putus tali
= tiada pedoman

Bagai melepaskan anjing tersepit
= membantu orang yang tidak tahu membalas budi

Bagai menarik rambut dalam tepung
= menjalankan hukuman dengan seadil-adilnya

Bagai menatang minyak yang penuh
= menjaga anak dengan penuh kasih sayang

Bagai mencencang air
= membuat pekerjaan yang tidak berfaedah

Bagai mencurah air ke daun keladi
= nasihat yang sia-sia

Bagai melintang bulu kambing
= mengerjakan perkara yang sia-sia

Bagai nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap
= orang yang tidak berpengalaman dan berilmu di dalam sesuatu bidang atau pekerjaan akan mengalami kerugian

Bagai orang bunting melihat asam
= keinginan yang amat sangat

Bagai pahat dengan penukul
= orang yang bekerja apabila disuruh sahaja

Bagai pelita kehabisan minyak
= tidak berseri-seri lagi

Bagai perian pecah
= suara yang tidak merdu

Bagai pinang dibelah dua
= sama cantik sama padan

Bagai pucuk pisang didiangi
= lemah sekali kerana sakit

Bagai pucuk dilancarkan
= sesuatu yang pantas pergerakannya

Bagai punggur rebah
= keadaan orang gemuk yang terjatuh

Bagai rasa batang pisang
= amat sejuk badan

Bagai sirih pulang ke gagang
= kena pada tempatnya

Bagai si kudung mendapat cincin
= beroleh untung, tetapi tidak mendapat nikmatnya

Bagai si pekak tertanya-tanya
= keinginan untuk mendengar berita

Bagai tanduk bersendi daging
= jodoh yang tidak sepadan

Bagai tanduk diberkas
= tidak sepakat dalam sesuatu perbincangan

Bagai tikus jatuh ke beras
= mendapat kekayaan atau kemewahan, tetapi tidak diceritakan kepada orang lain

Bagai tikus membaiki labu
= seseorang yang cuba membaiki sesuatu, tetapi akhirnya telah merosakkannya

Bagaimana acuan begitulah kuihnya
= kelakuan seseorang itu adalah mengikut keturunannya

Besar seperti gajah
= ukuran yang sangat besar

Cantik bagai bidadari
= wajah yang menarik atau manis

Cepat seperti kilat
= satu keadaan yang terlalu laju atau pantas

Dagu bagai lebah tergantung
= dagu yang cantik bentuknya

Dibalik-balik bagai memenggang
= sesuatu perkara itu hendaklah dikaji dengan teliti

Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu
= di luar baik, tetapi di dalam jahat

Diam macam batang kayu
= tidak bergerak-gerak

Gagah seperti badang
= kuat

Garang seperti singa
= seseorang yang bersifat garang

Gegak macam hendak roboh
= gelak ketawa orang ramai yang kuat

Hitam seperti arang
= gelap atau hitam

Hujan balik langit
= orang yang berkuasa meminta pertolongan daripada orang yang lemah

Ibarat beban, belum lepas daripada bahu
= tanggungan yang belum lepas

Ibarat beban sudah ke tepi
= pekerjaan yang sudah hampir selesai

Ibarat negeri berubah resam, tahun berubah musim
= orang yang tidak tetap kedudukannya

Ibarat perahu tidak karam sebelah
= simpati dengan saudara-mara yang ditimpa masalah

Ibarat rumput sudah kering, ditimpa hujan segar kembali
= orang susah diberi pertolongan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya
= orang yang bersepakat sentiasa mengingati antara satu sama lain

Ikan dalam keroncong
= sudah tidak dapat dibantu

Laksana bulan empat belas
= wajah seorang wanita yang cantik dan berseri-seri

Laksana garam dengan asam
= tidak dapat dijangka jodoh pertemuan seseorang itu, walaupun tinggal berjauhan

Laksana kain putih
= orang yang baik hati serta mengikut apa sahaja yang disuruh

Seperti ayam kehilangan ibu
= orang yang hilang tempat bergantung

Seperti antah melukut, lapar sangat baru berguna
= sesuatu yang kurang baik hanya berguna ketika sudah tiada barang lain lagi

Seperti anai-anai memakan kayu
= orang yang rajin bekerja

Seperti anjing beruk kepala
= orang yang diketahui kejahatan, pergi ke mana sahaja dihina orang

Seperti anjing makan muntahnya
= orang tamak tidak dapat membezakan baik dan buruk

Seperti anjing menggonggong tulang
= orang tamak yang menjadi semakin tamak apabila mendapat apa yang disukainya

Seperti anjing dengan bayang-bayang
= tamakkan harta orang, langung hilang harta sendiri

Seperti anjing dengan kucing
= dua orang yang sering bertelingkah

Seperti anjing menyalak bukit
= perbuatan orang jahat mencela orang baik tidak memberi sebarang kesan

Seperti bangau di ekor kerbau
= orang yang tidak berpendirian

Seperti belangkas
= perhubungan yang sangat erat dan sukar dipisahkan

Seperti belut pulang ke lumpur
= orang yang tetap pulang ke tempat asalnya

Seperti bumi dengan langit
= perbezaan yang amat ketara

Seperti berjejak di atas bara
= rasa resah dan gelisah

Seperti berebut kelongsong kelapa
= orang yang suka berkelahi kerana perkara remeh

Seperti bertih digoreng
= percakapan yang petah

Seperti buah padi, semakin berisi semakin rendah, jangan seperti lalang, semakin tinggi semakin tegak
= semakin berilmu seseorang itu perlulah merendah diri dan jangan sombong

Seperti bulan dengan matahari
= sepadan atau secocok

Seperti buluh perindu ditiup angin
= percakapan yang merdu

Seperti bunga raya kembang pagi
= seseorang yang sangat putihdan merah mukanya

Seperti cacing diperlimbah
= perbuatanyang hina dan keji

Seperti cebok dengan tempayan
= tidak boleh dipisahkan atauhubungan yang amat rapat

Seperti cendawan tumbuh banyaknya
= benda yang banyak atau orang yang ramai

Seperti cencaru makan petang
= mendapat kemenangan di saat akhir

Seperti cicak makan kapur
= orang yang malu di atas perbuatan bodohnya

Seperti duduk di atas duri
= seseorang yang berasa gelisah dan tidak tenteram

Seperti cincin dengan permata
= sama-sama cantik

Seperti dulang dengan tudung salji
= pasangan yang sepadan

Seperti diulang dalam daging
= sesuatu yang menyakitkan hati dan menjadi ingatan

Seperti embun di hujung rumput
= kasih sayang yang tidak kekal

Seperti dua senyawa
= dua sahabat yang sangat akhrab

Seperti duri sebatang terbuang
= orang yang hidup melarat dan tidak diperdulikan

Seperti durian menunjuk pangsa
= orang yang memperlihatkan kekuatan dan kehebatan

Seperti gadis julung bersubang, bujang julung berkeris
= orang yang baru mendapat kekayaan dan bersikap sombong

Seperti gajah berpaling
= orang gemuk yang sukar menoleh ke belakang

Seperti rusa masuk kampung
= orang yang tidak pandai menyesuaikan diri

Seperti gajah putih ditambat
= orang yang menjadi beban kepada orang lain

Seperti gajah rombong berlari
= pemimpin yang hilang kuasa

Seperti gergasi dua mata
= orang mendapat kelebihan atau keuntungan daripada kedua pihak

Seperti gunting makan di hujung
= perbuatan yang dilakukan senyap / perkataan pedas yang dinyatakan tanpa disedari oleh orang lain

Seperti gula di dalam mulut
= sesuatu yang sangat disukai

Seperti gunting di dalam lipatan
= perbuatan khianat oleh orang yang menjadi kepercayaan

Seperti halilintar membelah bumi
= bunyi yang sangat kuat dan bising

Seperti harimau beranak muda
= orang yang sangat garang

Seperti harimau menunjukkan belangnya
=menunjukkan kegagahan dan kehebatan

Seperti harimau terlepa tangkapan
= orang yang sangat bengis

Seperti harimau menyembunyikan kukunya
= orang yang menyembunyikan kekuatan dan kehebatan

Seperti haruan makan anak
= bapa atau ketua yang mencedera atau melakukan perkara yang tidak baik kepada anak atau anak buahnya

Seperti hujan jatuh ke pasir
= berbuat baik kepada orang yang tidak tahu mangenang budi

Seperti ikan di dalam belanga
= keuntungan yang pati dimiliki

Seperti ikan di dalam air
= keadaan yang sangat seronok

Seperti ikan di dalam belat
= keadaan yang penuh sesak

Seperti ikan kena tuba
= orang yang tidak berdaya

Seperti ikan pulang ke lubuk
= perantau yang tetap kembali ke tempat asalnya

Seperti ilmu padi hampa, semakin lama semakin mencangak
= orang yang bodoh, tetapi bercakap besar

Seperti itik mendengar guruh
= mengharapkan keuntungan yang belum pasti
Seperti itik mendapat air
= perasaan gembira kerana mendapat apa yang dihajati

Seperti kaca terhempas ke batu
= perasaan yang amat kecewa

Seperti kacang lupakan kulit
= orang yang tidak mengenang budi atau jaa orang lain

Seperti kacang direndang
= bunyi peluru yang banyak meletup / keadaan seseorang melompat kerana terlampau gembira

Seperti kapas disubur
= keadaan seeorang atau sesuatu yang sangat putih

Seperti kaduk naik junjung
= orang yang tidak sedar diri apabila mendapat kesenangan

Seperti kambing dimandikan pagi
= orang yang malas melakukan sesuatu pekerjaan

Seperti kambing dikuliti hidup-hidup
= sangat sakit

Seperti kapal naik pemidangan
= keadaan yang tidak sesuai, kena pada tempat dan tidak membuat persediaan yang mencukupi

Seperti katak di bawah tempurung
= orang yang tidak mengambil tahu keadaan sekeliling

Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain
= perlakuan yang malampau

Seperti katak disimbahi air
= keadaan seseorang yang tidak dapat menjawab soalan

Seperti keli dalam lubang
= seorang yang selalu bersungut tentang perihal yang tidak diketahuinya

Seperti kera kena belacan
= orang yang tidak boleh duduk diam

Seperti kera mendapat bunga
= orang yang tidak tahu menilai dan menghargai sesuatu pemberian

Seperti kebun tidak berpagar
= hukuman yang tidak adil dan saksama

Seperti kejatuhan bulan
= mendapat keuntungan atau rezeki besar

Seperti keldai
= orang yang berikap bodoh dan degil

Seperti kera pedang bermata dua
= perasaan sakit hati

Seperti kera bercukur
= perbuatan orang bodoh yang merosakkan alatan moden

Seperti kera kasihkan anaknya
= kasih sayang ibu baa yang berlebihan mendatangkan keburukan kepada anaknya

Seperti kerbau dicucuk hidung
= orang yang menurut kemahuan orang lain

Seperti kijang lepas ke rimba
= orang yang telah kembali ke tempat asalnya dan sukar untuk dicari

Seperti kucing berakkan rumput
= keadaan orang yang terlalu susah dan sakit

Seperti kucing di atas tembok
= orang yang mempunyai dua pilihan dan tidak tahu yang mana satu harus diberi pilihan

Seperti kura-kura di atas dahan
= kelakuan bodoh seseorang yang tidak dapat beriktiar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapinya

Seperti kura-kura hendak memanjat pokok
= seseorang yang hendak melakukan pekerjaan yang mustahil dapat dilakukannya

Seperti kunyit dengan kapur
= seseorang yang mudah mesra

Seperti lebah menghimpunkan madu
= orang yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan

Seperti murai mencabut ekor
= orang yang suka bercakap menyebabkan riuh dan bising

Seperti merak mengigal di hutan
= orang bijak pandai yang menunjukkan pengetahuannya di kalangan orang yang bodoh

Seperti membilang buah kerayung
= pekerjaan yang sia-sia dan tidak berfaedah

Seperti membuka pekung di dada
= orang yang menceritakan keburukan yang akhirnya memalukan diri sendiri

Seperti menambak gunung, menggarami laut
= memberi pertolongan kepada orang yang tidak memerlukan pertolongan

Seperti menghasta kain sarung
= perbuatan yang tidak berkesudahan / pekerjaan yang sia-sia

Seperti menarik rambut di dalam tepung, rambus jangan putus, tepung jangan beselerak
= berhati-hati dan teliti dalam melakukan sesuatu atau menyelesaikan masalah

Seperti menendang landak
= orang yang dipandang kerdil atau hina boleh merosakkan kita kerana perbuatan jahat terhadapnya

Seperti minyak dengan air
= sesuatu yang tiada kesudahan

Seperti pacat kenyang
= seseorang yang meninggalkan tempat makanan sebaik sahaja kenyang

Seperti pinang pulang ke tampuk
= seseorang yang gembira berada di tempat sendiri berbanding perantauan

Seperti pisau bermata dua
= lain dikata, lain pula yang disampaikan

Seperti pisau raut, bongkok orang dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh
= keadaan seseorang yang memberi bantuan apabila yang lain kesusahan, tetapi belum tentu ada orang yang menolongnya apabila ditimba kesusahan

Seperti pungguk rindukan bulan
= perasaan dukacita seseorang kerana merindui seseorang yang tidak mungkin menjadimiliknya

Seperti rusa masuk kampung
= perasaan canggung kerana tidak biasa dengan keadaan majlis

Seperti rumpu di tepi jalan
= kehidupan yang melarat atau kesusahan

Seperti sampah hanyut
= orang hina yang tidak diperdulikan oleh masyarakat sekelilingnya

Seperti sayur dengan rumput
= kasih sayang terhadap orang lain takkan sama dengan kasih sayang kaum kerabat sendiri

Seperti sutera dalam lukisan
= benda baik mendapat tempat yang bagus dan baik juga

Seperti si buta mendapat cincin
= orang yang baru keluar melihat sesuatu yang tidak boleh digunakan

Seperti sumbu pelita, membakar diri menerangi orang lain
= orang yang sanggup bekorban untuk orang lain

Seperti talam dua muka
= orang yang bermuk-muka di antara dua pihak yang bermusuhan

Seperti tebu lepas ke mulut gajah
= seseorang yang sukar melepaskan apabila mendapat sesuatu yang menjadi kesukaannya

Seperti telur di hujung tanduk
= keadaan tidak stabil, mudah mendapat kecelakaan atau bahaya

Seperti tembikar, pecah satu, pecah semua
= masyarakat yag bermuafakat, deorang mendapat kesusahan, yang lain turut merasainya

Seperti tikus jatuh ke beras
= kekayaan atau keuntungan yang diperolehi tidak diceritakan kepada orang lain

Seperti ular lidah bercabang
= orang yang boleh dipercayai

Seperti ular kena palu
= keadaan yang bengkang-bengkok

Seperti anak ayam kehilangan induk
= kehilangan tempat bergantung

Seperti ayam dimakan tungau
= kurus dan pucat kerana sakit

Seperti alu dengan lompang
= dua orang sahabt yang saling membantu

Seperti anjing berebut tulang
= tamak

Seperti aur ditarik songsang
= banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak laksanakan

Seperti ayam berak kapur
= orang yang lemah dan pucat kerana sakit

Seperti ayam dara bertelur
= tidak tekun, sehari dibuat, sehari tidak

Seperti ayam mematuk anaknya
= perbuatan memarahi atau menghukum anak untuk mengajar

Seperti batu jatuh ke lubuk
= hilang lenyap

Seperti bergantung pada rambut sehelai
= berada dalam keadaan bahaya

Seperti beruk berayam
= seseorang yang tidak tahu menggunakan harta pusaka yang diperolehinya

Seperti budak sapu hingus
= orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis

Seperti cacing kepanasan
= keadaan seseorang yang gelisah

Seperti gagak pulang ke benua
= walaupun sudah merantau, keadaannya tetap tidak berubah

Seperti helang menyongsong angin
= kehebatan seseorang pahlawan sewktu menentang musuh

Seperti janda belum berlaki
= perempuan yang pemalu, tetapi gemar bersolek

Seperti janggut pulang ke dagu
= suami isteri yang bercerai dan berbaik semula

Seperti kera sumbang
= tidak bercampur dengan orang lain

Seperti labah-labah kasihkan telurnya
= terlalu kasih dan sukar dipisahkan

Seperti langau di ekor gajah
= orang yang menurut kemahuan orang besar atau orang pandai

Seperti limau masam sebelah
= hukuman yang tidak adil

Seperti lintah menghisap darah
= mengenakan faedah pinjaman yang terlalu tinggi / menipu dengan cara lembut

Bagai air di daun keladi
= tidak tetap pendirian / selalu berubah-ubah

bagai air titik ke batu
= amat sukar untuk memasukkan pengajaran yang baik kepada orang jahat dan degil

Bagai anjing tersepit di pagar
= mendapat kesusahan besar sehingga tidak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari

Bagai api dengan rabuk
= mudah menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik kalau didekatkan

Bagai ara hanyut
= tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan

Bagai ayam disambar helang
= malang sekali / nasib yang buruk

Bagai ayam kena tungau
= pucat dan kuning kerana menghidap penyakit

Bagai ayam mengarang telur
= peri keelokan / merah muka seseorang

Bagai balak terendam
= orang gemuk yang malas bergerak

Bagai belacan dikerat dua, yang pergi busuk, yang tinggal hanyir
= perkara yang mendatangkan malu kepada kedua-dua pihak

Bagai budak menyapu hingus
= beroleh malu dalam sesuatu majlis

Bagai bulan dipagari bintang
= kecantikan gadis yang tiada bandingnya

Bagai bulan empat belas
= kecantikan wajah seseorang wanita

Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan
= perempuan cantik yang sudah bersolek untuk keluar dari rumahnya kerana hendak pergi berjalan

bagai bunyi cempedak jatuh
= bunyi jatuh yang kuat

bagai bunyi di air
= riuh sekali

bagai bunyi orang dikoyak harimau
= berteriak-teriak atau melolong dengan kuat

bagai bunyi siamang kenyang
= banyak cakapnya kerana mendapat kesenangan

bagai cacing kena air panas
= tidak tenang / selalu gelisah (kerana susah, malu dan sbgnya)

bagai diikat dengan sehasta tali
= dalam keadaan yang sangat terbatas

bagai galah di tengah arus
= berkeluh-kesah kerana sentiasa susah hati

bagai gelegar buluh
= selalu bercakap besar

bagai geluk tinggal di air
= orang yang melarat dan hanya mengharapkan bantuan orang

bagai gembala diberi keris
= pemberan yang tidak berfaedah kepda penerimanya


bagai harimau beranak muda
= orang perempuan yang terlalu bengis

bagai kacang direbus
= meloncak-locak kegirangan

bagai kacang melupakan kulit
= orang yang tidak tahu mengenag budi

bagai kain menunjukkan corak bangsanya
= rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya

bagai kambing menanduk bukit, tanduk patah bukit tak runtuh
= pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian

bagai kuku dengan isi
= sangat karib

bagai langau mengerumuni bangkai
= orang ramai yang riuh-rendah bunyinya

bagai lebah menghimpun madu
= sangat rajin

bagai limau masam sebelah
= hukuman atau pertimbangan yang kurang adil

bagai lukah, tak penuh air
= selalu hendak makan sahaja, tidak ada kenyang-kenyangnya

bagai melepaskan batuk di tangga
= membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai

bagai menatang minyak yang penuh
= memelihara anak dengan penuh kasih sayang

bagai menghitung bulu kambing
= pekerjaan yang sia-sia

bagai murai dicabut ekor
= orang yang suka bercakap banyak

bagai si kudung beroleh cincin
= beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya

ibarat ayam: tiada mengais tiada makan
= sangat miskin

ibarat bunga: sedp dipakai, layu dipakai
= perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua ia diceraikan

ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
= tidak ada kemerdekaan atau kebebasan

laksana barang yang disadur
= tidak tahan menghadapi sebarang ujian

laksana batik lasam
= sesuatu yang makin lama dipakai, semakin baik

laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur
= menghilangkan diri dengan cepat

laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
= orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa

laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong
= orang yang tiada pengetahuan, hanya cakapnya saja yang benar

laksana burung diam dalam sangkar
= orang yang terikat hidupnya

laksana garam dengaan asam
= kalau sudah ada jodoh akan ketemu juga walau berapa pun jauhnya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan